Nothing Is Impossible For Allah

Hi assalamualaikum, aku nk cerita sikit pengalaman aku ditimpa penyakit 'rare' almost 3 years . Tak tertaip nak share pengalaman ni . Sungguh aku sebak . Aku ditimpa sakit yg takde penawar secara scientifik nya pergi lah mana2 klinik/hosp dr ckp "awk tau kan sakit ni takde ubat/tak boleh sembuh" . Dalam hati aku mmg stress teruk la time tu smpai buat penyakit ni getting worst . Aku terlupa ayat dri

Sahih Bukhari

"Tidak lah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah juga menurunkan penawar" 

MasyaAllah , apa lagi yg nk kita persoalkan dengan ayat ni😭 dah terang lg bersuluh . Aku terus paksa hati utk redha , sabar , tawakal dgn ujian aku timpa ni . Banyak la ceramah2 pasal redha/sabar aku dgr nk didik hati supaya tenang hadap penyakit ni . On that time aku jauhkan diri dari kwn2 aku , so that dyorg tak curious aku mkn mcm2 ubat . Bila dduk dgn org yg baru kenal sllunya dyorg malas nk ambil port sgt.

Setelah 2 tahun lebih aku ikhtiar dgn pergi mcm2 tmpt and makan mcm2 ubat still not working . Doa tetap diteruskn mntak petunjuk dri Allah jalan apa lg yg harus aku buat . Sungguh setiap usaha yg kita buat tu dtg dri Allah .  Dr yg kita jumpa tu pun Allah yg hadirkn sbgai perantara utk bantu aku . Sepanjang aku hadap sakit ni aku langsung taknk tnjuk kelemahan aku dpn parents i mean all the pain i try to hide it sbb kita boleh nmpk and tau dri mata ibu bapa kita dyorg tgh sedih tengok kita sakit mcm ni .

 Bnyk kali aku pesan kat parents and diri sndiri

"percaya la Allah tu baik , Allah dengar rintihan dan doa kita . Allah tau apa yg terbaik untuk kita. Sakit tu kan penghapus dosa. Allah akan makbulkn doa kita . Sabar sikit je lg"

Ya Allah this kind of words sgt terkesan . Bila mana saat kita yakin pertolongan Allah tu dekat , hati jadi semakin tenang . Semakin hari self-motivated aku kuat dgn ayat tu dan prtolongan Allah . Masa tu kau akan rasa power nya doa bila kita yakin dgn doa tu . Aku mintak kekuatan , Allah bg kekuatan tu . Tpi kena YAKIN . Smua mudah bagi Allah . Mintak je dgn yakin .

Kalau doa belum terbalas tu sbb:

1) Allah kata nanti dlu , Aku nk bagi yg lebih baik utk kau

2) Allah nak bagi di akhirat nanti .

3) Allah nk bagi bukan sekarang tapi nanti disaat waktu yg paling tepat

4) Allah tangguhkan sbb mungkin perkara itu akn memudaratkan lg dengan bertambahnya dosa

Nampak tak , baik kan Allah . Semua yg terjadi ni ada hikmahnya . Aku sambung cerita pasal sakit tu . Aku stop amik ubat yg kuat side effect nya sbb aku tak tahan . And rupanya ubat2 yg aku amik tu membuatkn toxic dlm bdn aku tinggi.  Once aku stop amik ubat tu , sakit aku makin teruk dsbbkn sistem tahanan dri ubat tu dah takde . I was crying so hard setiap malam aku mintak ptnjuk apa aku nk buat ni . And dgn berkat doa dri mak ayah aku , aku jumpa rawatan secara alami iaitu rawatan yg ajar kita utk kawal emosi , buang toxic2 dlm bdn , cara pemakanan yg sihat . Alhamdulillah selama sebulan lebih aku try rawatan tu semakin baik sakit ni .

Nak tau tak punca sakit ni dtg dri mana ?(dengan izinNya)

1) STRESS . Tau tak bila kita stress tahap acid/toxic dlm badan kita meningkat and membuat kan sistem dlm bdn kita lemah

2) TAK JAGA MAKAN . Tlg amalkan pemakanan sunnah . Makan buah , sayur bnyak . Ayam daging tu kurangkn sbb mostly haiwan ni disuntik hormon . MasyaAllah cuba bayangkan hari2 kita makan ayam , fast food , frozen food . Kesian kat badan kita .  Dlm al quran ada pesan

Surah Al A'raf ayat 31
-------------------
۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
-------------------
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Tlg jaga pemakanan 😭 cuba untuk tahan nafsu dlm pemakanan . InsyaAllah boleh ! 

Sekarang ni alhamdulillah aku boleh kawal stress, pemakanan (masih berlawan dgn nafsu) . Walaupun belum sembuh sepenuhnya tpi yakin lah pertolongan Allah tu sangat la dekat . Dari tiada harapan utk sembuh sehingga la Allah bagi hint bahawa sakit ni boleh sembuh . MasyaAllah, sains takkn pernah dpt menandingi kuasa Allah . Dia Maha Berkuasa , Maha Hebat , Maha penyanyang dari segala yg menyayangi . Sgt baik .
Tips sembuh yg bagi aku sangat berkesan (dengan izinNya)

1) BERSANGKA BAIK DGN ALLAH . "Aku adalah apa yg hambaKu sangkakan" jadi aku pesan , sangka baik dgn Allah insyaAllah pertolongan tu akan smpai.  Didik hati untuk sabar dan redha . Ye aku tahu susah sgt2 . Tpi paksa la selagi boleh . 


2) POWERFUL OF DOA. Sentiasa doa tak kira time solat atau tak , pendek atau pnjng . Doa la dgn penuh keyakinan . Tau kan doa pasti dimakbulkn cuma wktunya belum tiba. Allah Maha Mendengar setiap rintihan kita


3) ISTIGHFAR . Hapuskan dosa dgn istighfar . Sakit juga penghapus dosa . Jdi kita boost kn lagi dgn istighfar utk kurangkn sakit kita . Kalau susah kita start dgn istighfar selepas solat . 10 kali setiap solat ke .


4) SEDEKAH . Salah satu hikmah dan rahsia dlm bersedekah adalah sedekah dpt menyembuhkan penyakit dan menolak bala . Teringat kisah ustaz Hanafiah Malek sembuh dari kanser sbb beliau sering bersedekah. Hebat amalan sedekah ni .


Semua tips ni dengan izin Allah dpt menyembuhkn sakit . Keyakinan dan ssngka baik terhadap Allah kita cuba capai pada tahap yg maximum . InsyaAllah hati tenang , stress pun hilang , sakit pun mulai sembuh . Aku amik masa hampir 3 tahun dan masih lgi dlm proses penyembuhan . Tlg doakan aku sembuh sepenuhnya . Dan jangan expect hasilnya dua tiga hari dah baik . Sabar ye . Tak kira la 3 4 tahun nak amik masa sembuh , kita kena sabar . 
Org yang sabar tidak akan rugi . Trust in Allah ! 😊



Comments